Mommy nak share tentang pengalaman Mommy semasa menjalani PAC (Penjadualan Assessment Centre) untuk jawatan Penolong Penguasa Imigresen KP27. Harap entry kali ni boleh membantu calon-calon yang lain untuk persediaan.
Tarikh : 08-09/12/2012
Lokasi : Akademik Laut Malaysia, Masjid Tanah, Melaka (ALAM)
Mommy bertolak dari rumah hari Jumaat tengah malam. Kenapa tengah malam?? Maklumlah hari jumaat Mommy masih bekerja dan perlu tunggu anak-anak balik sekolah tadika dulu.. Tepat jam 10:00 malam, baru bertolak dari Port Klang menuju ke Masjid Tanah tapi melalui jalan dalam. Sementara tu, singgah dulu makan satay di Restoran Barakah, Sijangkang. Satay kt situ memang marvellous!!
Jam dah pukul 12tgh mlm, baru bergerak. Dan kenyang ni, mula lah mata mengantuk. Tapi alhamdulillah mata husband masih segar bugar. Mommy pun kena tidur yang cukup untuk persediaan esok. Sesat larat jugak la mencari ALAM. Sebab tengah malam tak ada orang nak tumpang tanya jalan.
Akhirnya tepat jam 3:30am sampai la di ALAM. Kemudian masa untuk mencari hotel or chalet or homestay or resort. Susahnye nak cari, sebab dah lewat pagi. Tambah pulak semua tempat full booking. Sedihnya!! Akhirnya dapat juga rezeki, 'hotel budget' di Pengkalan Balak. RM80 sahaja. Kebetulan ada 1 saja kosong sebab ada booking cancel. Keadaan 'hotel' tak la teruk sangat. Tapi macam rumah sewa yang panjang dan berpintu-pintu, berdepan dengan pantai. So, anak-anak dan husband boleh la mandi laut sementara tunggu Mommy sampai hari Ahad. Jarak antara 'hotel' dengan ALAM lebih kurang 5km. Tak jauh sangat pun.
Hari Sabtu (08/12/12)
Pagi ada pendaftaran dan dapat no. giliran masing-masing. Calon di galakkan datang lebih awal dan beratur lebih awal sebab dari situ dah bermula point utk setiap calon. Dalam masa yang sama calon akan dapat 1 keratan kertas dimana tercatat tajuk 'public speaking' or perbincangan awam yang mana calon perlu berhujah di hadapan pegawai pemeriksa. Kemudian calon akan terus ke dewan untuk pemeriksaan badan dan mini kawad seorang demi seorang. Yang lelaki akan buka baju dan jalan kawad di hadapan pegawai. Yang perempuan akan masuk dalam dewan khas dimana pegawai akan mengarahkan untuk membuka tudung dan pemeriksaan badan. Ini untuk memastikan calon tidak pernah menjalani pembedahan or ada sebarang kecacatan or tatoo pada badan. Selepas tamat pemeriksaan, calon akan terus di beri nombor bilik untuk letak barang-barang dan berehat sementara menunggu sessi selanjutnya selepas makan tengah hari.
Petang - Perbincangan awam, di mana calon diberi tajuk dan perlu bahaskan seorang demi seorang. Tips PENTING, calon perlu memperkenalan diri dengan menyebut nama dan no.giliran (ada markah bonus ye). Kemudian bahaskan bersungguh-sungguh dengan penuh kenyakinan. Tapi ingat, jangan seperti berpidato pulak ye. Eye contact dengan pegawai dan rakan-rakan SANGAT-SANGAT penting. Mommy dapat tajuk 'Pemerdagangan'
Kemudian calon perlu bersiap pula untuk aktiviti padang. Untuk aktiviti :-
1. Lari patah balik
2. Lompat jauh
3. Sit up
4. Lari keliling padang (dalam masa 27min) sangat la jauh
Semua aktiviti ni ada MASA yang ditetapkan dan perlu LULUS.
Malam - aktiviti berkumpulan di mana calon akan di beri cawan kertas dan perlu membina segitiga tanpa memegang cawan tersebut. Kemudian calon akan di beri tajuk untuk di bincangkan.
Hari Ahad (09/12/12)
Hari 'Bahasa Inggeris'. Perbincangan kumpulan yang calon akan berada didalam kumpulan dan di beri 1 tajuk untuk di bincangkan. Setiap calon perlu bercakap didalam bahasa inggeris ye. Yang PALING PENTING jangan takut atau malu. Cakap saja walaupun salah. Pegawai pemeriksa bukan bagi markah dari segi tatabahasa. Tapi dari segi keberanian calon. Ingat ye!!
Sessi public speaking dimana calon ditelah diberikan tajuk dan calon perlu bahaskan didalam bahasa inggeris. Mommy dapat tajuk "corruption". Masa sessi ni la yang ramai calon MELAYU tarik diri. Ada juga yang lansung tak cakap apa-apa. Sebab?? Tak reti cakap omputih..
Selesai semua tu, tamat la sudah program. Calon boleh terus balik dalam pukul 2:00pm.
Barang yang WAJIB di bawa berdasarkan pengalaman Mommy :-
1. Buku Rujukan or nota-nota berkaitan imigresen / internet (sangat di perlukan)
2. Makanan / minuman
3. Tshirt / seluar / kasut sukan - 1 pasang
4. Alat tulis
5. Baju Kurung lebih untuk pakai waktu malamNOTA :-
- Jaga tingkah laku sepanjang berada di sana kerana gerak geri calon sentiasa diperhatikan dari jauh dan di beri point termasuk lah ketika calon makan.
- Bergerak lah mengikut arahan dari pegawai yang bertugas.
- Rehat secukupnya
- Lakukan persediaan dari segi tenaga
Harap info yang Mommy share ni sedikit sebanyak dapat membantu calon-calon yang lain. Persediaan dari segi fizikal dan mental sangat PENTING ye. Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh tanya ye..
Semoga BERJAYA.
1 ulasan:
Selamat Mencuba!!!
Catat Ulasan