Untuk entry kali ni Mommy nk share tentang Dnars TIRUAN. Sejujurnya dan segeramnya Mommy dah pun TERBELI produk Dnars tiruan (Set Sensitif). Kalau tengok dari segi packaging memang 100% sama. Mommy beli produk Dnars tiruan ni kat salon kecantikan di tingkat bawah pasaraya Giant Port Klang. (Pintu masuk sebelah kanan). Saja try beli kat situ sebab tengok kedainya pun besar dan banyak produk ada. Bile Mommy tanye 'Original ke ni dik?'... 'mestilah original kak. kite tak jual yang tiruan'.. Mommy pun yakin lah. Balik rumah bile nak cuci muka, bau buih tu lain sikit. Biasanya bau sabun susu beras. Mommy tau bau sabun tu macam mana sebab ni bukan kali pertama guna. Takut nak pakai sebab tak nak amik risiko muka hancur dengan jerawat. Lepas tu Mommy pun check la semua (1 set tiruan) dengan kotak lama yg Mommy masih simpan. 100% sama. Pandai betul orang sekarang ni menipu ye. Dan yang paling Mommy geram, SALON KECANTIKAN tu. Kenapa tergamak menjual produk tiruan?? Tak rasa bersalah ke menghancurkan muka orang lain. Now Mommy dah BLACKLIST semua salon kecantikan. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Sekarang beli direct dengan stokis. Harga murah & dapat diskaun lagi. Kalau nak tau kedai yang mana lagi menjual produk TIRUAN / PALSU / FAKE, boleh whatsapp Mommy ye.
Moral of the story,
Jangan beli di kedai salon kecantikan. Sebab mereka lebih mengutamakan keuntungan dan kecantikan. Beli direct dengan stokis or agent.
Cara mengenali produk Dnars TIRUAN :-
1. Bau sabun susu beras wangi tidak ada bau macam beras
2. Bile potong sabun, sabun kelihatan keras dan pecah
3. Moon Cream agak kekuningan
4. Moon Cream bile di sapu ke muka licin
5. Day Cream likat seperti getah bile sapu ke muka
Lokasi kedai :- Tingkat bawah sebelah kanan selepas pintu masuk Pasaraya Giant Port Klang.
Mommy bagitahu ni bukan nak sabotaj kedai tersebut tapi tak nak ada yang pengguna lain jadi mangsa dan ketahui hak kite sebagai pengguna.
![]() |
| Ni la produk Dnars TIRUAN. Secara kasar memang tak nampak perbezaan dengan yang original |

1 ulasan:
Macam mane nk pastikan sama ada saya da tbeli y tiruan?
Catat Ulasan