Isnin, 20 Oktober 2014

Cara Memilih Collagen Terbaik

Author Unknown 0 ulasan
Untuk entry kali ni Mommy nak share ckit info tentang produk collagen. Klu di perhatikan, terlalu byk minuman collagen dipasaran skrg.. Tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Semua org berebut-rebut mengeluarkan produk tetapi kalau dilihat, produk mereka seakan-akan serupa. Hanya berbekalkan 'Glutathione & Vitamin C' sebagai bahan utama untuk memancing kepercayaan dari pengguna. Rata-rata pengguna wanita di Malaysia mudah tertipu tanpa berfikir panjang dengan terpedaya slogan "kulit cerah dalam 3 hari sahaja".. Ada juga mempertaruhkan kesihatan & nyawa mereka dengan membeli produk yang tidak berdaftar. 

Pada 14/10/2014, Mommy telah menghadiri satu kursus tentang produk kesihatan di Malaysia. Dalam taklimat tu, wakil dari Kementerian Kesihatan, Persatuan Farmasi Malaysia & JAKIM telah memberi sedikit info tentang lambakan produk yg ada dipasaran. Mereka juga telah memberi maklumat berkenaan produk collagen yang BETUL-BETUL berkesan di pasaran Malaysia.

Kebanyak produk collagen sekarang di keluarkan oleh 1 kilang yang beroperasi di utara Malaysia. Mereka memang menghasilkan produk kecantikan kemudian di agih-agihkan kepada individu / syarikat yang berminat untuk ada produk atas jenama sendiri dgn formula yang sama. Individu / syarikat yg inginkan produk jenama sendiri hanya perlu menyediakan sticker atau label sahaja dan tampal pada botol produk. Disini Mommy share sedikit sebanyak info penting lambakan produk collagen dipasaran sekarang. 

1) Packaging Hampir Serupa
Cara pembungkusan produk collagen yg hampir sama, contohnya dalam botol plastik bewarna putih.. Isi kandungan adalah serbuk. Cara pengambilan, bancuh 1-2 scoop setiap hari. 

2) Serbuk
Isi kandungan produk berbentuk serbuk dan perlu di bancuh mengunakan scoop. 1-2 scoop setiap bancuhan.. Sekiranya dalam 1 botol, mengandungi 4 jenis bahan yang telah di campurkan menjadi serbuk. Kemungkinan, ada bahan yang berat dan akan mendap di bahagian bawah sekali. Sekiranya anda , mengambil 1 scoop di bahagian atas, ada kemungkinan anda tidak mendapat kesemua bahan campuran tadi dalam 1 scoop. Kekerapan anda membuka & menutup botol tersebut boleh mengakibatkan pencemaran pada serbuk collagen.

3) Sachet Yang Tiada Label / Logo Produk
Pembungkusan dalam bentuk sachet. Ada kemungkinan dalam setiap sachet mengandungi kesemua bahan-bahan. Tetapi, perhatikan pada pembungkusan sachet tersebut. Hanya bungkusan bewarna silver & tarikh luput (sekiranya ada). Tiada apa-apa tulis atau logo untuk produk tersebut.

4) Perisa
Perisa collagen hampir serupa iaitu perisa ribena or blackcurrent (purple). Apabila di bancuh, anda akan dapat warna & perisa yg sama untuk produk-produk tersebut.

5) Cecair / Liquid
Produk collagen dalam bentuk cecair ini lagi meragukan. Kerana, cuba bayangkan anda membancuh secawan air laici. Dibiarkan dalam suhu bilik or di simpan dalam peti sejuk. Berapa lamakah air laici tersebut boleh tahan tanpa basi. 1-2 sahaja kan?? Bagaimana pula dgn produk collagen dalam bentuk cecair. Sudah tentu mereka mengunakan bahan PENGAWET untuk mengekalkan produk tersebut. Apakah kesan buruk pengambilan bahan PENGAWET terlalu banyak?? Tepuk dada, tanya selera.

6) Sticker Produk
Hanya menggunakan sticker yg di print jenama produk. Kemudian di tampal pada botol.. Logo Halal, berkemungkinan copy & paste shaja. Tiada alamat kilang, batch no, tarikh luput, logo Halal / GMP. Tidakkah produk ini meragukan.

7) Bahan / Ingredient
Menggunakan bahan yg sama rata-rata sama e.g Glutathione, Vitamin C, Collagen Ikan.. Sumber mentah yg murah akan menghasilkan produk yg kurang bermutu dan berkesan.

8) Tidak Dijual Di Farmasi
Seperti yg kite ketahui, kedai-kedai farmasi seperti Watson, Guardian, Caring, One Stop Farmasi dan lain-lain. Farmasi cuma menjual produk yg BETUL-BETUL berkesan dan tidak memberi kesan sampingan kepada pengguna. Lambakan produk collagen di pasaran ini, tiada di pasaran farmasi.

Majoriti produk collagen mereka menjanjikan hasil kecerahan kulit muka dalam 3 hari. Parut jerawat hilang dalam 7 hari. TETAPI, benar kah?? Jangan tertipu dgn helah peniaga yg ingin mengaut keuntungan semata2. Adalah mustahil untuk menhilangkan parut jerawat dlm tempoh 7 hari. Betul tak?? Sekiranya benar, sila buktikan. Mommy bukan nak menjatuhkan produk orang lain, tetapi Mommy sebagai pengguna juga ada hak untuk bersuara. 

Untuk ketahui produk collagen yang betul-betul berkesan, sila layari :

FB : Fhyra Fadzly
Intagram : Ephyra Beauty
Fanpage : Ephyra - Timeless Beauty

Di sana, anda boleh dapat maklumat lengkap berkaitan produk collagen dipasaran Malaysia.




Ahad, 19 Oktober 2014

Braces - (Part 3)

Author Unknown 0 ulasan
Ari yg d tunggu2 telah tiba.. 13/10/2014 Isnin. Bermula esk bermula la gelaran 'Si Gigi Besi'.. Utk tempoh 2 thn shaja ye.. Tkde rasa nerves pun, cuma tak sabar2 je.. Appointment jam 3:00pm, tp 2:45pm Mommy dh terpacak kt klinik. Sbb Mommy takut tk sempat nk amik anak balik sekolah pkl 5:00pm.. Sebelum smpai klinik, Mommy dh makan sekenyang2 nye cukup smpai mlm. Sbb tau sure tk blh mkn lps ni..

1st, doc betulkan semula band atas sebelah kanan, yg tersenget pasang disebabkan saiz gigi tkde dlm 'range'.. Doc akan nganga kan mulut kite dgn alat bantuan. So tak perlulah menahan lenguh kat mulut.. Tapi lenguh jgk la pakai alat bantuan tu..

Masa pasang, memang tak rasa sakit pn.. Rasa sikit tegang bile doc mula pasang getah kale-kale tu kt gigi.. Mommy pilih kale MERAH.. Sbb sm kale dgn lipstik & tk obvious sgt dgn lipstik.. Yg paling bagus, if mkn terselit cili, org tk perasan sgt.. Hahahaaaaaa....

Tepat jam 4:00pm, dh setel semua. Rasa semcm je kt mulut ni. Nk tutup pun susah sbb rasa mcm jongang plk.. Nak ckp pun susah jugak.. Bile tgk cermin, homaigoddddddddddd.. Buruk nye.. Besi bersimpang siur.. Hahahaaaaaa... Sakit?? tkde sakit pn. Cuma rasa tegang & ngilu je. 

Mlm Mommy tak makan sbb kenyang dr lunch td. Mommy jgk tak cuba2 mgigit sbb sakit. Tapi la sakit smpai tak blh tido mlm. Mommy tido lena je smpai pagi.. Nak gosok gigi kena slow2, sbb sakit sikit.. 4hr Mommy mkn bubur.. Hari ke-5 dan smpai ari ni (ke-8) Mommy dh boleh mkn yg keras sikit & mkn seperti biasa..

Untuk proses pemasangan braces ni, deposit RM1000 (Sugar Daddy aka hsbd bg duit).. So balance RM3000 ansuran setiap bulan.. Nasihat Mommy, byr lah secara ansuran.. Ibarat lps doc buat keje, kite bayar. If bayar lumsum, takut tkde kualiti. Sbb kite dh takde hutang dgn dia.. Hope korang faham maksud Mommy.. 


1st day berBRACES




Khamis, 2 Oktober 2014

Braces - (Part 2)

Author Unknown 0 ulasan
Hari yg d tunggu-tunggu dh pun tiba.. Rasa bersemangat sgt nk cabut gigi ari ni.. Tak takut sebab yakin, cabut gigi sekarang dh tak sakit mcm dulu.. Kelam kabut keluar ofis, sbb ada last minutes work.

Smpai klinik gigi 03:35 pm, terlewat 5min shaja.. :-) lps register kat counter, tunggu around 10min nurse dah panggil nama.. Masa tu br start nervous.. Sbb dh 30 thn hidup, ni kali ke-3 masuk klinik gigi.. Tapi tak bermakna juga gigi Mommy kuning, byk rosak or etc ye.. :-) sbb Mommy pndai jg gigi sendiri..

Trus baring atas katil & doc mula cek kebersihan gigi terlebih dahulu. Di ingatkan bahawa sebelum pasang braces, perlu check 'kesihatan' gigi.. Seperti cuci karang / plak pd gigi & tampal mana gigi yg berlubang. Ini penting supaya semasa pakai braces, tk timbul mslh gigi yg lain.

Lepas doc cek gigi Mommy, ada 1 gigi geraham perlu tampalan kecil. Kemudian, br doc cuci gigi ' scaling ' Rasa sakit tak??? Hahahaaa soalan cepumas.. Cuci gigi tak sakit pun. Cuma ngilu ckit2 je.. Tampal pn tak sakit.. Lps dah setel 2 perkara tu, start la process mencabut plk. Sebelum tu doc dh bius n make sure betul2 kebas & tak rasa sakit.. If sakit masa doc tekan-tekan, doc akan bius lagi.. Ari ni cabut 2btg gigi geraham atas dan bawah.. Gigi geraham yg elok, tak sakit masa cabut.. Tp if gigi geraham tu rosak, mmg akan rasa sakit. Sebab ada jangkitan kuman.. So gigi Mommy ada 1 geraham yg dh rosak & tinggal tunggul sahaja. Tu yg agak sakit masa cabut.. Tapi Mommy dah redha & serah segala-galanye pd doc... OMG!!!!!

Siap, cabut.. Kebas tak hilang lagi.. Tapi darah mmg byk keluar.. Smpai tk cukup kapas yg doc bagi. Nasib baik ada extra kain dlm kereta.. Kemudian Mommy makan aiskrim & kemam ais batu dlm mulut.. Darah memang byk sgt.. Smpai esk pagi pun still ada darah dlm mulut. 

Kemudian doc akan pasang seperator pada gigi geraham. Tujuan nye untuk merenggangkn gigi supaya senang nak pasang 'band'.. Soalan cepumas!! Sakit tak?? hahahaaaa tk sakit masa pasang... Mcm mana rasanye?? Mcm daging terselit celah gigi.. Gigi akan rasa sakit.. Tapi tkde la sakit sgt.. Sakit mgkn sbb gigi membengkak kerana gigi di tolak.. Nak makan mmg ssh.. Nak bercakap pun ssh.. 

Dah 4 hari cabut gigi & pakai seperator, Mommy cuma mkn bubur sahaja.. Sakit masih tak hilang lgi.. So tk paksa la mkn 'pain killer'.. Yg lain tk blh mkn.. Sbb?? Sakit & tak blh nak gigit.. Tak pela.. Bersusah2 dahulu, bercantik-cantik kemudian.. Hahahaaaa... Next appointment pada 8hb October 2014 jam 11:30am.. Next appointment utk cabut lagi 2btg gigi..

Rabu, 24 September 2014

Pendakap Gigi aka Braces (Part 1)

Author Unknown 4 ulasan

Soalan normal orang akan tanye??
1. Berapa harga?
2. Pakai kat klinik mana?
3. Berapa deposit?
4. Berapa tahun pakai?
5. Boleh ansuran ke?
6. Sakit ke?

Untuk entry kali ni Mommy akan share step by step & pengalaman Mommy secara detail untuk panduan lengkap tuan puan. :-) 

Mommy dh lama sgt nk pakai braces. Dulu masa bujang2 tak terpikir pulak nak pakai braces. Dan sekarang baru la berpeluang nak buat bile anak-anak dah besar. Sebelum pegi klinik, Mommy dah study dulu pasal braces dlm internet. Disebabkan Mommy ddk area Klang, so cari klinik yang berhampiran sahaja. Sbb nak jimat masa & minyak untuk monthly check up. Penting jgk semua tu ye..

Mommy dapat survey 2 klinik kat area Klang ni. Klinik pergigian memang byk. Tapi untuk pemasangan braces hanya ada pada klinik yg ada tulis pakar 'Orthodontic'. So if korg ternampak tulisan tu pada signboard, bermakna ada pemasangan braces kt klinik tu. But, ada juga yang tk tulis pada signboard. So kena rajin2 bertanya la ye.. Yang ni Mommy bgtau klinik area Klang, Selangor ye. Sebelum nak pergi klinik, make sure korang dh call & make appointment terlebih dahulu ye. Sbb klinik pergigian pun ramai org jugak. 


11:30 am - Klinik Pergigian 'A'
Nurse kat situ majoriti Indian Girls yg baik & mesra. So bg tau nurse ape tujuan korang datang. Klinik tu agak cantik dan bersih. Sambil tunggu giliran, kite di hidangkan minuman Chinese Tea & ada ruang untuk surf internet. Lepas isi kad pendaftaran, around 15 minit dah nurse dah panggil. Doktor cina perempuan sangat baik, lembut dan cantik. Usia dalam 40++.

Kat klinik ni, Mommy minta braces utk gigi atas shaja. Sbb gigi bawah Mommy tersusun rapi.. Heheheee.. Doctor advice utk pkai braces atas dan bawah. Tapi di sebabkan Mommy nk atas sahaja, so kena pakai braces + Extension kt lelangit untuk tampung kedudukan gigi. Harga extention tu lebih kurang RM500 - RM700. Extension tu jgk akan menggangu lidah ketika bercakap sementara nk serasikan penggunaan. Akan berlaku ulser ckit pada lidah di permulaan. Ooooo mcm scary je dengar kan.

Harga yg di tawarkan :-
Xray + Mould = RM 350 (blh buat on the spot)
Cabut gigi = RM 90 / gigi (doc advise sy cabut 2 btg geraham = RM 180)
Pasang Braces = RM 3500 (braces atas shaja + Extension kt lelangit)
Deposit = RM 1500
Balance = RM 2000 (ansuran)
Tempoh pakai = 2 - 2 1/2 tahun 

Total keseluruhan = RM 350 + RM180 + RM3500 = RM 4030 



4:00 pm - Klinik Pergigian 'B'
Nurse kat situ majoriti Malay Girls yg cntik & baik. Ada doc & nurse practical kt situ. Klinik sm mcm klinik2 pergigian yg lain. Agak ramai jgk kt klinik ni. Non stop transaction. Tapi cepat. Kat klinik ni blh pilih sama ada nk doc lelaki or perempuan. Ofcos Mommy pilih doc perempuan.

Kat klinik ni, doc advice pasang brace untuk atas dan bawah. Sebab untuk memasukan gigi perlu sokongan tarikan dr gigi bawah jg. Itu lebih selamat dan gigi mmg akan tersusun cantik. Sbb extension boleh bergerak kedudukan sebab tolakkan dr lidah masa bercakap. Nti byk problem timbul.

Harga yg di tawarkan :-
Xray + Mould = RM 200 (blh buat on the spot)
Cabut gigi = FOC (doc advise sy cabut 4 btg geraham = 2 ats, 2 bwh)
Pasang Braces = RM 4200 (braces atas bwh)
Deposit = RM 1000
Balance = RM 3000 (ansuran)
Tempoh pakai = 2 tahun 

Total keseluruhan =  RM 4200


Dh puas survey, so Mommy decide pilih Klinik Pergigian 'B'. Sbb??
1. Klinik dekat ckit dr rumah. Jimat kos minyak + tol + masa keje untuk monthly check up
2. Lbh yakin pakai braces ats + bwh sebab tak nak tanggung risiko
3. Takut klu ada problem kt extention, nti kena caj lain plk
4. Bile search kt internet, rmai yg recommend Klinik Pergigian 'B'
5. Deposit pun agak murah
6. Doc + nurse yang baik2

Apepun pemilihan klinik, terpulang pada diri sendiri. Jangan pikir nak murah, tapi nti tanggung akibat lain plak. Yang penting kena ingat, harga tertakluk pada masalah gigi kite sendiri. Kalau setakat jongang biasa, mungkin murah je. Tapi kalau gigi yang berlapis-lapis, jongang lagi.. Jangan la mengharap harga murah2.

So Mommy pun setuju dan terus ke step 1 proses pemakaian braces.

Step 1:-
Doc akan masukan acuan gigi pada mulut dan mula amik acuan gigi. Kemudian perlu xray gigi utk tgk samada masih ada gigi yg belum keluar. Masa xray tu kena berdiri kat satu mesin sambil gigi sebatang plastik. Lepas tu pegi kat lagi satu mesin berdiri sambil dan ketap kn gigi. 

Ok selesai step 1 untuk proses pemakaian braces. Step 2 plak proses mencabut. Appointment pada 29/09/2014 jam 4:00pm. Kat cni Mommy share ckit gmbr gigi.. Malu jugak nak share. Tapi niat Mommy memang nak share A-Z kt smua orang. No hidden information ye. Sebab Mommy byk search, diaorg bg info ckit-ckit je.

senyum...

cheeseeee....

ngangaaaaa....

sebelah kiri ada lesung pipit...

sebelah kanan..
Appointment card

Ini baru Part 1 ye.. Inshaallah lepas appointment cabut gigi 29/09/2014 ni, Mommy share lgi pengalaman & info terbaru tentang Braces oh Braces!! Kalau ada ape2 pertanyaan, boleh sms / whatsapp / pm / telegram / komen. Inshaallah Mommy akan reply. Mohon follow blog Mommy ye klu nak tau info lanjut.

Fb : Fyhra Fadzly
Blog : www.cactuscloset.com
Fanpage : Ephyra - Timeless Beauty



Rabu, 2 Julai 2014

Penjadualan Assessment Centre (PAC) - Penolong Penguasa Imigresen KP27

Author Unknown 1 ulasan
Mommy nak share tentang pengalaman Mommy semasa menjalani PAC (Penjadualan Assessment Centre) untuk jawatan Penolong Penguasa Imigresen KP27. Harap entry kali ni boleh membantu calon-calon yang lain untuk persediaan. 

Tarikh : 08-09/12/2012
Lokasi : Akademik Laut Malaysia, Masjid Tanah, Melaka (ALAM)

Mommy bertolak dari rumah hari Jumaat tengah malam. Kenapa tengah malam?? Maklumlah hari jumaat Mommy masih bekerja dan perlu tunggu anak-anak balik sekolah tadika dulu.. Tepat jam 10:00 malam, baru bertolak dari Port Klang menuju ke Masjid Tanah tapi melalui jalan dalam. Sementara tu, singgah dulu makan satay di Restoran Barakah, Sijangkang. Satay kt situ memang marvellous!! 

Jam dah pukul 12tgh mlm, baru bergerak. Dan kenyang ni, mula lah mata mengantuk. Tapi alhamdulillah mata husband masih segar bugar. Mommy pun kena tidur yang cukup untuk persediaan esok. Sesat larat jugak la mencari ALAM. Sebab tengah malam tak ada orang nak tumpang tanya jalan.

Akhirnya tepat jam 3:30am sampai la di ALAM. Kemudian masa untuk mencari hotel or chalet or homestay or resort. Susahnye nak cari, sebab dah lewat pagi. Tambah pulak semua tempat full booking. Sedihnya!! Akhirnya dapat juga rezeki, 'hotel budget' di Pengkalan Balak. RM80 sahaja. Kebetulan ada 1 saja kosong sebab ada booking cancel. Keadaan 'hotel' tak la teruk sangat. Tapi macam rumah sewa yang panjang dan berpintu-pintu, berdepan dengan pantai. So, anak-anak dan husband boleh la mandi laut sementara tunggu Mommy sampai hari Ahad. Jarak antara 'hotel' dengan ALAM lebih kurang 5km. Tak jauh sangat pun.

Hari Sabtu (08/12/12)
Pagi ada pendaftaran dan dapat no. giliran masing-masing. Calon di galakkan datang lebih awal dan beratur lebih awal sebab dari situ dah bermula point utk setiap calon. Dalam masa yang sama calon akan dapat 1 keratan kertas dimana tercatat tajuk 'public speaking' or perbincangan awam yang mana calon perlu berhujah di hadapan pegawai pemeriksa. Kemudian calon akan terus ke dewan untuk pemeriksaan badan dan mini kawad seorang demi seorang. Yang lelaki akan buka baju dan jalan kawad di hadapan pegawai. Yang perempuan akan masuk dalam dewan khas dimana pegawai akan mengarahkan untuk membuka tudung dan pemeriksaan badan. Ini untuk memastikan calon tidak pernah menjalani pembedahan or ada sebarang kecacatan or tatoo pada badan. Selepas tamat pemeriksaan, calon akan terus di beri nombor bilik untuk letak barang-barang dan berehat sementara menunggu sessi selanjutnya selepas makan tengah hari. 

Petang - Perbincangan awam, di mana calon diberi tajuk dan perlu bahaskan seorang demi seorang. Tips PENTING, calon perlu memperkenalan diri dengan menyebut nama dan no.giliran (ada markah bonus ye). Kemudian bahaskan bersungguh-sungguh dengan penuh kenyakinan. Tapi ingat, jangan seperti berpidato pulak ye. Eye contact dengan pegawai dan rakan-rakan SANGAT-SANGAT penting. Mommy dapat tajuk 'Pemerdagangan'

Kemudian calon perlu bersiap pula untuk aktiviti padang. Untuk aktiviti :-
1. Lari patah balik  
2. Lompat jauh 
3. Sit up 
4. Lari keliling padang (dalam masa 27min) sangat la jauh

Semua aktiviti ni ada MASA yang ditetapkan dan perlu LULUS. 

Malam - aktiviti berkumpulan di mana calon akan di beri cawan kertas dan perlu membina segitiga tanpa memegang cawan tersebut. Kemudian calon akan di beri tajuk untuk di bincangkan.


Hari Ahad (09/12/12)
Hari 'Bahasa Inggeris'. Perbincangan kumpulan yang calon akan berada didalam kumpulan dan di beri 1 tajuk untuk di bincangkan. Setiap calon perlu bercakap didalam bahasa inggeris ye. Yang PALING PENTING jangan takut atau malu. Cakap saja walaupun salah. Pegawai pemeriksa bukan bagi markah dari segi tatabahasa. Tapi dari segi keberanian calon. Ingat ye!!

Sessi public speaking dimana calon ditelah diberikan tajuk dan calon perlu bahaskan didalam bahasa inggeris. Mommy dapat tajuk "corruption". Masa sessi ni la yang ramai calon MELAYU tarik diri. Ada juga yang lansung tak cakap apa-apa. Sebab?? Tak reti cakap omputih..

Selesai semua tu, tamat la sudah program. Calon boleh terus balik dalam pukul 2:00pm.

Barang yang WAJIB di bawa berdasarkan pengalaman Mommy :-
1. Buku Rujukan or nota-nota berkaitan imigresen / internet (sangat di perlukan)
2. Makanan / minuman 
3. Tshirt / seluar / kasut sukan - 1 pasang 
4. Alat tulis
5. Baju Kurung lebih untuk pakai waktu malam

NOTA :-
  • Jaga tingkah laku sepanjang berada di sana kerana gerak geri calon sentiasa diperhatikan dari jauh dan di beri point termasuk lah ketika calon makan.
  • Bergerak lah mengikut arahan dari pegawai yang bertugas.
  • Rehat secukupnya 
  • Lakukan persediaan dari segi tenaga

Harap info yang Mommy share ni sedikit sebanyak dapat membantu calon-calon yang lain. Persediaan dari segi fizikal dan mental sangat PENTING ye. Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh tanya ye..

Semoga BERJAYA.




Ahad, 29 Jun 2014

Produk TIRUAN Dnars

Author Unknown 1 ulasan
Untuk entry kali ni Mommy nk share tentang Dnars TIRUAN. Sejujurnya dan segeramnya Mommy dah pun TERBELI produk Dnars tiruan (Set Sensitif). Kalau tengok dari segi packaging memang 100% sama. Mommy beli produk Dnars tiruan ni kat salon kecantikan di tingkat bawah pasaraya Giant Port Klang. (Pintu masuk sebelah kanan). Saja try beli kat situ sebab tengok kedainya pun besar dan banyak produk ada. Bile Mommy tanye 'Original ke ni dik?'... 'mestilah original kak. kite tak jual yang tiruan'.. Mommy pun yakin lah. Balik rumah bile nak cuci muka, bau buih tu lain sikit. Biasanya bau sabun susu beras. Mommy tau bau sabun tu macam mana sebab ni bukan kali pertama guna. Takut nak pakai sebab tak nak amik risiko muka hancur dengan jerawat. Lepas tu Mommy pun check la semua (1 set tiruan) dengan kotak lama yg Mommy masih simpan. 100% sama. Pandai betul orang sekarang ni menipu ye. Dan yang paling Mommy geram, SALON KECANTIKAN tu. Kenapa tergamak menjual produk tiruan?? Tak rasa bersalah ke menghancurkan muka orang lain. Now Mommy dah BLACKLIST semua salon kecantikan. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Sekarang beli direct dengan stokis. Harga murah & dapat diskaun lagi. Kalau nak tau kedai yang mana lagi menjual produk TIRUAN / PALSU / FAKE, boleh whatsapp Mommy ye.

Moral of the story,
Jangan beli di kedai salon kecantikan. Sebab mereka lebih mengutamakan keuntungan dan kecantikan. Beli direct dengan stokis or agent. 

Cara mengenali produk Dnars TIRUAN :-
1. Bau sabun susu beras wangi tidak ada bau macam beras
2. Bile potong sabun, sabun kelihatan keras dan pecah
3. Moon Cream agak kekuningan 
4. Moon Cream bile di sapu ke muka licin 
5. Day Cream likat seperti getah bile sapu ke muka

Lokasi kedai :- Tingkat bawah sebelah kanan selepas pintu masuk Pasaraya Giant Port Klang.

Mommy bagitahu ni bukan nak sabotaj kedai tersebut tapi tak nak ada yang pengguna lain jadi mangsa dan ketahui hak kite sebagai pengguna. 


Ni la produk Dnars TIRUAN. Secara kasar memang tak nampak perbezaan dengan yang original


Rabu, 25 Jun 2014

Jom Kumpul DUIT RAYA - Kerja Sambilan Di Rumah?? Pasang Barang Di Rumah??

Author Unknown 3 ulasan
Lagi beberapa hari kite akan menyambut bulan Ramadhan 2014. Pasti ramai yang nak cari duit lebih untuk beli baju raya, perabot baru, langsir baru, barang kemas dan mcm-mcm lagi kan. Jom cari duit raya dengan mudah, selamat dan cepat. TIADA UNSUR PENIPUAN YE... 

30 org x RM 0.30 x 30 hari = RM 270.00

atau 

50 org x RM 0.30 x 30 hari = RM 450.00

atau 

100 org x RM 0.30 x 30 hari = RM 900.00


Cukup tak? Mybe ada yang cakap cukup alhamdulillah. Tapi pada yang cakap tak berapa cukup, anda boleh kumpulkan seberapa banyak nama dalam 1 bulan untuk dapat gaji / upah yang lebih banyak.

Syarat :-
  • senarai nama perlu di hantar SETIAP MINGGU melalui whatsapp pic / email / sms 
  • bayaran akan dibayar RM 0.30 mengikut jumlah orang yang lengkap 
  • sekiranya ada di antara nama yang anda senaraikan juga mendaftar RM15.00, bayaran tambahan akan diberikan kepada anda. (Rujuk A)
  • anda boleh mengumpul seberapa banyak nama dalam tempoh 30 hari (1 bulan)
  • bayaran akan di lakukan setiap 10hb terus ke AKAUN anda
  • kami berhak untuk TIDAK MEMBAYAR anda sekiranya berlaku penipuan iaitu nama, alamat or no.telefon PALSU. Setiap maklumat yang anda beri akan kami semak melalui sistem
  • yuran pendaftaran RM15.00 adalah untuk setiap bulan sebagai yuran pemprosessan kerana kami tidak mahu menyimpan ahli yang tidak aktif
  • sekiranya anda berpuas hati dengan gaji / upah anda pada bulan itu, anda boleh meneruskan pada bulan seterusnya dengan melakukan pembayaran yuran pendaftaran RM 15.00
  • pembayaran akan dilakukan secara JUJUR dan ADIL
  • maklumat yang kami perolehi (nama, alamat dan no. telefon) adalah untuk penghantaran katalog promosi seperti pelancongan, barangan, universiti dan pelbagai lagi
(Rujuk A)
Anda telah mengumpul 30 orang. Dalam masa yang sama 10 orang dari nama tersebut ingin mendaftar juga. Maka anda akan di bayar :-

RM 0.50 x 10 org = RM 5.00 
RM 0.30 x 20 org = RM 6.00

Setelah membuat pembayaran RM 15.00 sila sms / whatsapp  :-
  NAMA
  ALAMAT
  NO.TELEFON
  NO AKAUN (untuk pembayaran gaji / upah)

Untuk bulan Julai 2014 ni kami cuma memerlukan 50 sahaja. Keutamaan di berikan pada yang membuat pembayaran terlebih dahulu.





 

FACELOT Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting